Pandangan ini adalah ulasan berdasarkan kajian dilakukan oleh oleh Alina Zapalska dan Dallas Brozik mengenai gaya pembelajaran secara online telah muncul dengan mempunyai kuasa merubah lanskap bidang pendidikan walaubagaimanapun sebagaimana inovasi teknologi yang diperlukan untuk pembangunan pendidikan jarak jauh, ianya masih tidak mencukupi memastikan pembelajaran jarak jauh efektif. (Brozik and Zaplasksa, 2006).
Kenyataan ini telah disokong oleh Pohlein (1996) dimana Pohlein memberi pendapat pendidikan secara online ini menawarkan potensi baru audien baru dan menawarkan peluang asas untuk tranformasi penyampaian pendidikan dan lanskap yang mencabar.
Gaya Pembelajaran
Konsep gaya pembelajaran telah dikaji dalam pelbagai cara. Ianya boleh didefinisikan sebagai:
• Corak spesifik kelakuan bergantung pada pengalaman pendekatan pembelajaran seseorang individu (Cammpbell et al., 1996).
• Jalan dimana individu mengambil informasi dan memperkembang kemahiran baru (Dunn et al., 1981).
• Proses dimana individu mengekalkan informasi baru (Kolb,1984).
Alina Zapalska dan Dallas Brozik telah mencadangkan tiga strategi untuk digunakan bagi untuk memenuhi keperluan individu yang menpunyai gaya belajar yang pelbagai.
Strategi pertama: Menyediakan kandungan bahan dalam pelbagai format.
Strategi ini dapat digunakan dengan teknik komunikasi yang yang pelbagai. Pengajar dapat menggunakan audio bersama-sama aplikasi persembahan Powe Point. Pengajar juga mungkin dapat menggunakan Web CT Vista. Isi kandungan dapat dipersembah melalui ruangan sembang berkumpulan WebCT yang mana para pelajar dapat berkongsi dan membincangkan informasi antara satu sama lain. Kursus lainyang mempunyai kaitan dengan web site luar juga dapat menyediakan bahan tambahan untuk topik semasa.
Strategi kedua: Membenarkan individu kawalan lokus
Kandungan bahan pengajaran perlulah mudah diakses dan berhubung atau tersusun secara grafik. Pelajar sepatutnya dapat mengakses bahan kursus dengan beberapa cara kursus dapat dibina dalam susunan hierarki namun pelajar sepatutnya dapat memilih topic kursus secara rawak.
Strategi ketiga: Menggalakkan interaksi kolaborasi secara aktif
Kursus perlu mempunyai aktiviti secara individu atau berkumpulan. Melalui perhubungan maya sesama rakan, pelajar bekerja-sama menyelesaikan masalah, menganalisis kes dan membina kumpulan untuk menyampaikan sesuatu. Tugasan sebegini membenarkan idea individu, pespektif dan pengalaman dikumpul bersama.
Thierry Volery dan Deborah Lord
Apabila gaya pembelajaran disesuaikan, bagi memastikan penyampaian secara online ini berjaya, Thierry Volery dan Deborah Lord telah mengkaji faktor penting yang membuahkan kejayaan penyampaian pendidikan secara online ini, iaitu keefektifan, karakteristik pengajar dan karakteristik pelajar.
Keefektifan
Kajian ini sebenarnya adadalah berdasarkan kajian terdahulu Dillion dan Gunawardena (1995), Leidner dan Jarvenpaa (1989) yang telah mengkaji tiga pemboleh ubah yang mempengaruhi efektifnya sesuatu pengajaran itu adalah bergantung pada tiga pemboleh ubah iaitu teknologi, karakteristik pengajar dan karakteristik pelajar. Dimana mereka mendapati aspek utama teknologi yang perlu dipertimbangkan adalah reliable, kualiti dan pelbagai medium ianya disokong oleh Trevitt,1995 yang menyatakan perlukan rangkaian yang dibentuk membenarkan synchronous dab asynchoronous : pelajar perlu ada akses yang convenient dan rangkaian perlu memerlukan masa singkat untuk sebarang pertukaran. Dengan ini penulis berpendapat kepelbagaian teknologi dapat mempengaruhi kekefektifan penyampaian sesuatu bahan secara online. Pendapat ini menjurus pada kesamaan dengan pendapat dikemukan oleh Z sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini.
Karakteristik pengajar
Webster dan Hackley (1997) mencadangkan tiga karakteristik pengajar yang mempengaruhi hasil pengajaran iaitu atitud terhadap teknologi, gaya pengajaran dan kawalan terhadap teknologi. Pendapatnya disokong oleh Serwatka, 1999 yang menyatakan pengajar yang menunjukkan atitud yang positif terhadap teknologi akan menyumbang terhadap persekitaran pembelajaran dengan lebih meluas. Ini disebabkan pelajar selalu rasa tersisih akibat jurang antara pelajar dan pengajar. Adalah penting seseorang pengajar ini menimbulkan gaya pembelajaran interaktif dan menggalakan hubungan pelajar dan pengajar. Bagi kawalan terhadap teknologi pula melihat pada masalah yang kerap dialami pelajar seperti masalah teknikal sepertimana pengajar perlulah peka pada kawalan teknologi yang baik seperti dapat menyelesai segera masalah yang timbul seperti menambah bilangan pelajar diakhir kursus, mengubahsuai kata kunci pelajar dan perubahan masa kursus.
Karakteristik pelajar
Karakteristik pelajar yang pelbagai menyumbang terhadap sesuatu yang dipelajari secara online. Dengan ini dinyatakan pelajar yang kurang memerlukan kemahiran asas dan dsipilin berbanding pembelajaran secara tradisional.
Fakta yang dikemukakan oleh Volery dan Deborah adalah kukuh pada pendapat saya. Ini disebabkan fakta ini boleh dibuktikan oleh kajian dijalankan yang mengkaji hubungan antara pengajaran yang efektif dengan teknologi yang telah dijalankan ujian kolerasi Pearson dimana ianya adalah mempunyai koefisien sebanyak 0.563 dengan nilai p sebanyak 0.001. Ini membuktikan adanya hubungan signifikan antara keberkesanan pengajaran dan teknologi.
Bagaimanapun menurut Alina Zapalska dan Dallas Brozik, untuk membantu pelajar Berjaya dalam pendidikan secara online, pengajar perlu memahami bagaimana pelajar itu belajar, bagaimana penerimaan mereka dan bagaimana pelajar itu memproses informasi. Gaya pembelajaran yang berbeza perlu
Cadangan Teknik Pembelajaran Secara Online
Projek Kursus secara Online
Aplikasi projek yang pelbagai boleh dibentuk untuk projek major dan aktiviti spesifikyang pelu disiapakan untuk menghasilkan produk akhir. Contohnya mencipta modul latihan. Ianya perlu menyiapkan banyak tugasan seperti menyediakan analisis keperluan, membangunkan plan latihan dan mencipta arahan media. Dengan mengambilkira pemdekatan berasaskan projek, pengajar dengan mudahnya dapat bekerjasama bagi tujuan kospe pembelajaran secara aktif dalam sekitaran maya berbanding menyediakan kursus online secara tipikal seperti membaca dan menulis.
Kerja berkumpulan secara Online
Kerja berkumpulan merupakan salah satu teknik pembelajaran secara aktif yang biasanya digunakan dalam banyak kelas secara bersemuka.
Perbincangan dalam kumpulan kecil dalam sessi tertentu .
Kursus secara online ini dapat menyediakan peluan baik bagi interaksi pelajar. Perbincangan sebegini dapat dibuat secara mingguan dimana pengajar dapat menyediakan ruangan pelajar berinteraksi antara satu sama lain dalam ruangan sembang (chat space). Walaupun ianya sendiri menyediakan pembelajaran aktif,kerjasama dalam kumpulan ianya dapat meningkatkan pembelajaran. Ianya adalah dengan pengajar menyediakan perbincangan apa yang bakal dilaksanakan dan membingakan tugasan yang telah lengkap. Masa diberikan untuk pelajar-pelajar mencari bahan.
Lawatan dalam alam maya dan video.
Adalah dicadangkan para pelajar dibawa ke laman berkaitan kursus yang menarik. Contohnya lawatan maya ke bank pusat untuk mendedahkan pelajar tentang sesuatu isu ekonomi. Terdapat banyak laman yang menawarkan pelbagai bahan yang menarik. Pengeluar buku contohnya menyediakan e-pack yang mengandungi video atau filem pendek yang menarik berkaitan apa yang telah dipelajari dan mengaplikasi dalam suasana baru. Ianya memberi tanggungjawab pelajar belajar secara aktif dengan menganalisis dan mensintesis informasi diberi.
Fakulti yang menawarkan kursus secara online juga dapat menggunakan teknik berikut untuk mempromosi proses pembelajar secara online yang berjaya:
• menyediakan kjangkamasa pendek dan jangkamasa panjang untuk menulis tugasan
• menggabungkan tugasan individu dan berkumpulan
• menyediakan langkah demi langkah arahan dan panduan pada mereka yang memerlukan
• menyediakan komen bertulis pada tugasan
• membenarkan pelajar bekerja dalam kumpulan dan membantu antara satu sama lain dengan berbincang, menganalisis dan menyelesaikan masalah
• mengguanakan permainan, simulasi dan pembelajaran aktif dalam pengajaran
• memberi markah bonus pada pelajar yang mempersembah hasil secara oral dan penglibatan aktif dalam perbincangan kumpulan.
•mengguanakan video dan tugasan berkomputer dalam teknik pengajaran
KESIMPULAN
Internet merupakan suatu teknologi pemangkin yang merubah bukan sahaja masyarakat malah universiti sedunia. Internet juga boleh menjadi alat yang sangat berkuasa dalam pendidikan. Alat ini mempunyai potensi bagi menyokong program pendidikan yang berkesan dan bagi mendedahkan pelajar dengan dunia yang lebih luas
Penutup
Jelaslah bahawa internet mempunyai potensi untuk membuat pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Terpulang kepada guru untuk dapat membawa penggunaan internet ini ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada. Walaupun akses ke internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada hari ini, tetapi kemudahan untuk mengguna internet terdapat di-mana-mana; di rumah, perpustakaan awam, pusat/kedai komputer dan lain-lain. penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced , dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah bestari, untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlaq mulia.
Internet juga akan merevolusikan dunia pendidikan. Pendidikan jarak jauh dapat dijalankan. Pelajar dapat memilih kursus-kursus kesukaannya bila-bila sahaja. Pelajar juga tidak perlu menghadiri kuliah dan tinggal di kampus. Dengan menggunakan CD-rom, pemelajaran dan perolehan ilmu tidak membosankan. Latihtubi dapat dijalankan dan kelemahan pelajar mudah di betulkan. Hal ini mendatangkan kesan yang berlipatganda. Para pengajar dan pelajar juga dapat memperoleh maklumat dan dari universiti di seluruh dunia.
Negara kita , Malaysia , terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia akan dan sedang mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dalam abad ke -21 ini terutamanya merealisasikan wawasan 2020 . Dalam menjayakan ini , beberapa cadangan di bawah mungkin bolehlah dipertimbangkan dan dilaksanakan.
i. Semua murid-murid mesti mempunyai kemudahan komputer di sekolah atau di rumah .
ii. Guru menggunakan komputer dan kalkulator dalam tugasan murid dan penilaian guru serta menguasai perkembangan teknologi terkini dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran iii. Jabatan pendidikan negeri , daerah dan sekolah perlu mengadakan kursus perkembangan penggunaan teknologi untuk guru-guru yang sedang berkhidmat .
iv. Universiti dan maktab-maktab perguruan harus mendedahkan penggunaan teknologi ini kepada bakal-bakal guru .
v. Pusat perkembangan kurikulum harus mengetahui kesan penggunaan teknologi ke atas kurikulum yang perlu digubal dan diajar kepada murid-murid.
vi. Penulis dan penerbit buku harus memasukkan unsur teknologi ini dalam buku terbitan mereka .
vii. Para pendidik patut memaklumkan kepada murid-murid , ibu-bapa , pentadbir penggunaan teknologi sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran interaktif yang efiesien dan berkesan.